Friday, January 21, 2011

✿Menikahlah, Allah akan memberimu rezeki✿

 

ramai yang takut untuk menikah sebab bagi mereka...berkahwin ni susah...banyak benda yang nak kena fikirkan..tanggungjawab sebagai suami & isteri bukan senang...ye!betul 2...bukan senang nak memikul tittle sebagai suami atau isteri..lebih2 lagi si suami...sebagai ketua keluarga..perlu kukuh ilmu di dada untuk menjadi pembimbing pada isteri dan anak2 kelak. selain daripada itu, ekonomi juga memainkan peranan penting..pada zaman sekarang ni...wang adalah segala galanya...tanpa wang manusia akan jadi huru hara...tapi jangan kita lupa...rezeki bukan di tangan kita...yang pentng kita jangan putus asa untuk terus berusaha dan berdoa...rezeki x kan datang bergolek pada kita kalau kita x mencarinya. begitu juga soal jodoh...jodoh juga merupakan salah satu pintu rezeki..kalau kita x berusaha untuk mendapatkannya...sukar nak tengok jodoh datang bergolek depan mata kita.

namun...apabila kita sudah bertemu dengan jodoh yang kita cari..usah ragu ragu untuk mengikatnya dengan ikatan yang halal..milikilah insan yang kita cintai dengan cara yang tersyariat oleh agama...duhai lelaki..hormatilah dan hargailah wanita sebagaimana layaknya dia untuk dicintai...percayalah...jika dia jodoh kita..insyaAllah...Allah pasti akan bukakan jalan dan permudahkan segala urusan kita dalam membina masjidNya. benda yang Dia suka..pasti Dia akan tolong. Ingatlah...Allah maha pengasih lagi maha penyayang...apabila tanggungjawab hambaNya bertambah..insyaAllah Dia jupa pasti akan tambahkan rezeki untuk hambaNya. Allah tidak akan membebankan kita dengan bebanan yang x mampu kita tanggung. Allah maha adil terhadap hambaNya. 

" Ada tiga golongan manusia yang berhak Allah tolong mereka, iaitu seorang mujahid fisabilillah, seorang hamba yang menebus dirinya supaya merdeka dan seorang yang bernikah kerana ingin memelihara kehormatannya". (HR. Ahmad 2: 251, Nasaei, Tirmidzi, Ibnu Majah hadis no. 2518, dan Hakim 2: 160)
Sebenarnya, kita tak perlulah memikirkan sangat "cukupkah aku nak bagi makan anak orang nanti?'. Rezeki milik Allah, hanya Dia yang berhak menentukan sebanyak mana rezeki untuk kita..asalkan kita x putus asa  untuk berdoa, berusaha & bertawakal. Cuma, yang perlu kita risaukan ialah bagaimana kita mendapatkan keberkatan untuk rezeki yang akan kita dapat...demi kesejahteraan keluarga. 
Sebaliknya, berkemungkinan Allah akan tutup pintu rezeki kita dengan sesempit2nya, jika kita melengah2kan perkahwinan hanya kerana ingin mengejar impian keduniaan dahulu. Atas dasar kemahuan fitrah dan lumrah manusia memerlukan pasangan dan ia dilakukan diluar perkahwinan akan mengundang pelbagai perkara2 maksiat yang kita sedar dan tidak sedar. Dalam Islam, ‘muamalat’ atau pergaulan banyak dihadkan disebabkan oleh perbezaan jantina yang bukan muhrim. Sehinggakan, dua manusia yang berlainan jantina yang bukan muhrim tidak boleh berhubung di antara satu sama lain, melainkan dengan ‘maslahat’ atau sebab2 yang tertentu Jadi, jika berhubung dengan si dia, sedangkan tidak ada satu alasan pun yang dapat menghalalkan mereka untuk berhubung, tidakkah itu dikira maksiat? Jika ia dikira maksiat, maka pastilah akan dimurkai Allah. Dengan pastinya, Allah akan menyempitkan lagi kehidupannya termasuk rezekinya. 
Tak perlulah kita meletakkan kesenangan dan kemewahan hidup didunia ini untuk melayakkan kita untuk berkahwin.Cukuplah dengan meletakkan ‘benchmark‘ untuk kita berkahwin dengan sekadarnya. Kerana pintu rezeki pastinya akan terbuka luas, jika kita ‘mendirikan masjid’ atas dasar taqwa kepada Allah. Sebaliknya, jika habuan dan kesenangan dunia yang menjadi ‘benchmark‘ untuk kita berkahwin, belum tentu kita akan hidup bahagia. Wallahualam...

*saya sangat suka dengan perlaksanaan yang dilakukan oleh kerajaan kelantan..bukan atas dasar politik tapi ini salah satu bantuan untuk mereka yang x berkemampuan dari segi mas kahwin untuk menikah. Bak kata ayah saya..."kamu nak kahwin, kahwnlah..lepas ni pandai2 lah cari makan pakai sendiri...susah senang sentiasalah bersama"

http://www.emocutez.com

No comments: