Thursday, March 10, 2011

✿Kenapa mesti wujudnya PHD dalam diri???✿

 Sungguh tak paham dengan golongan2 yang kaya dengan PHD dalam hati mereka.
pelikkan? ada jugak orang macam ni....jenis tak boleh tengok orang lain senang/lebih dari dia. Kalau nak dengki sekalipun..perlu ke sampai burukkan orang..canang citer bukan2 a.k.a fitnah semata mata nak tarik perhatian orang...semata mata nak tengok orang yang dia dengki tu dibenci/dijauhi orang lain.

Penyakit Hasad Dengki ni sebenarnya tergolong dalam penyakit hati..antaranya

  • Iri Hati - Iri hati adalah suatu sifat yang tidak senang akan rezeki dan nikmat yang didapati oleh orang lain dan cenderung berusaha untuk menyainginya. 
  • Dengki - Dengki adalah sikap tidak senang melihat orang lain bahagia dan berusaha untuk menghilangkan nikmat tersebut. 
  • Hasut - Hasut adalah sifat yang ingin selalu berusaha mempengaruhi orang lain agar marah orang tersebut meluap dengan tujuan agar dapat memecah belahkan tali persaudaraan agar timbul permusuhan dan kebencian antara satu sama lain.
  • Fitnah - Fitnah lebih kejam dari pembunuhan adalah suatu kegiatan memburuk-burukkan, menipu, membohongi seseorang agar menimbulkan permusuhan dan kebencian pada orang lain tanpa bukti yang kukuh.
Apa yang dapat dikonklusikan...selalunya golongan PHD ni jenis
a) kurang kasih sayang...sebab tu dia macam cacing kepanasan bila tengok kita disayangi
b) kurang dapat perhatian...sebab tu dia tarik perhatian orang dengan cara macam ni..so...orang akan perasan akan kehadiran dia
c) dan..yang paling penting sekali...kurang iman...kalau iman dia tebal..rasanya dia tau apa itu konsep syukur & apa makna ALHAMDULILLAH....
Seorang yang beriman kepada qada dan qadar tentu tidak akan bersikap dengki kepada orang lain yang mempunyai kelebihan kerana ia menyadari bahwa hal itu merupakan kehendak dan kekuasaan Allah Swt.
Bila iman kita lemah...syaitan mudah bersarang di hati..padahal kita dah tahu syaitan sentiasa menggoda anak adam untuk saling membenci dan saling memusuhi...bodoh je kan kita ni kalau kalah dengan hasutan syaitan...ni lah padahnya bila manusia terlalu sangat ikutkan hati...maka macam2 penyakit hati yang bersarang dalam hati tu.

Firman Allah:

Ertinya: “Dan janganlah kamu iri hati terhadap apa yang dikarunkan Allah kepada sebahagiankamu lebih banyak dari sebahagian yang lain. (Q.S. An-nisa, 4:32)

Rasulallah Saw bersabda:
وَلَا تَحَاسَدُوْا وَلَا تَقَاطَعُوْا وَلَا تَبَاغَضُوْا وَلَا تَدَابَرُوْا وَكُوْنُوْاعِبَادَاللَّهِ اِخْوَانًا كَمَا اَمَرَكُمُ اللَّهِ (رواه البحاري و مسلم

Artinya “ janganlah kamu saling mendengki, saling memutuskan hubungan, saling benci membenci, dan saling belakang membelakangi yang tetapi jadilah kamu hamba Allah yang bersaudara, sebagaimana yang telah diperintahkan oleh Allah kepadamu.”


Macam mana eh nak ajar golongan macam ni..biar dia sedar sket. 

4 comments:

♥WEIYDAWEINGWAFFA♥ said...

oh mmg sakit hati dgn org yg de penyakit ni..sekarang pun akak dalam situasi tu taww!! de hamba allah ni selalu PHD dgn akak sapa naik mahkamah dikkk...eeeee!! geraaaamm!! cuba give and take kan..xderlar perasaan cenggini..

btw...akak suka entry ni..muachss!!



Kalo free meh ler singgah my blog..--> mummylovers blog

atau berminat nak join GA saya..--> 2ND GIVEAWAY

niesz said...

manusia mmg xpernah puas kan..

♥Ana el Zahra♥ said...

ya Allah...sampai mcm tu skali kan manusia hati busuk ni..
dah jenguk blog akak..wah...background dh bertukar eh

♥Ana el Zahra♥ said...

niesz...kalau x reti nk bersyukur..mcm tu la jdnya...